Thursday, 7 June 2012
Konsep Penilaian
PENILAIAN
Definisi
- Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Diagnosis
- Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.
- Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
Pencapaian
- Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.
- Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.
Pemilihan dan Penempatan
- Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
- Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.
- Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Bimbingan dan kaunseling
- Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.
Tujuan
lain Penilaian Ujian
- Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
- Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
- Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
- Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
- Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
- Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
- Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
- Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
- Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.
"Kenali Saya Di Sini"
Konsep Pentaksiran dan Pengujian
PENGERTIAN
KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENGUJIAN
PENTAKSIRAN
Definisi
- Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
- Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Tujuan
Pentaksiran
- Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
- Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
- Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
- Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
- Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
PENGUJIAN
Definisi
- Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
- Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
- Menurut Cronbach (1970)
- “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
- Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
- “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
- (Raminah 1991:2).
- Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
- Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
- Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
"Kenali Saya Di Sini"
BMM3113 Penyelidikan Tindakan: Konsep
Konsep
:
- Kajian saintifik berasaskan fakta / bukti
Prinsip
:
- Persoalan – kemukakan soalan yg signifikan
- Teori – hbgkn kajian dgn teori
- Kaedah – gunakan kaedah yg sesuai
- Alasan – kemukakan alasan yg koheran
- Generalisasi – buat generalisasi / extend result
- Pemeriksaan – sediakan pemeriksaan yg profesional
Tujuan
:
- Tambah baik - Bina pengetahuan menambahbaik amalan pendidikan
- Keputusan – fhmi proses pdidikn & buat kptsn tepat
- Maklumat – sediakan mklmt yg benar utk kegunaan & rujukan phk bkepentingan
- Panduan – jadi penduan buat kptsn & usaha di b/d , sek & sis scr accountibility.
- Bahan Sumber – sediakan bhn sumber kajian pendidikan yg pel & mudah diakses
Ciri-ciri
Penyelidikan :
- Objektif
- Tepat
- Verifikasi (ujian)
- Penjelasan
- Empirikal
- Penjelasan logik (penjelasan berdasarkan data)
- Rumusan (rumusan berdasarkan data)
Etika
Penyelidikan :
- Hbgn baik dgn subjek/respondan
- Bersikap jujur
- Bsikap amanah
- Menjaga kerahsiaan
- X buat plagiat
- X myebabkn kemudaratan / kecederaan fizikal mahupun mental
- X palsukan / rahsiakan data
- X mcerap tgkah laku tsmbunyi
Pendekatan
Penyelidikan :
- Kuantitatif (possitivist)
- Kualitatif (interpretatif)
- Gabungan ant kuantitatif dan kualitatif
Fungsi
Penyelidikan :
- Asas (basic)
- Gunaan (applied)
- Penilaian (evaluation)
- Tindakan (action)
Batasan
Dalam Penyelidikan :
- Legal & ethical concerns
- Public institutions (institusi awam)
- Program vartability
- Diversity (kepelbagaian)
- Complexity Of Research Problems (Kerumitan)
- Methodological difficulties (mslh dlm kaedah dlm penyelidikan)
Jenis-jenis
Penyelidikan :
- Penyelidikan asas
- Penyelidikan gunaan
- Penyelidikan tindakan
- Penyelidikan penilaian
"Kenali Saya Di Sini"
Tuesday, 5 June 2012
Aplikasi Teknik Dalam Bilik Darjah
APLIKASI TEKNIK DALAM BILIK DARJAH
Teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya lihat ialah teknik bercerita, teknik menghafaz dan latih
tubi, teknik brainstorming, teknik main peranan dan teknik bersoal jawab.
Pertama sekali guru mengaplikasikan teknik bercerita dengan mencerita cerita
Gagak dengan Helang kepada murid-murid. Jalan cerita yang diceritakan oleh guru
tidak jauh lari daripada teks yang diedarkan kepada murid-murid.
Selesai
bercerita guru menggunakan teknik brainstorming. Guru mengemukakan soalan
berbentuk pendapat. Soalan berbentuk pendapat selalunya jawapan yang diberi
oleh murid boleh diterima dan pelru diterima oleh guru. Seandainya jawapan yang
diberi kurang memuaskan, guru akan menerima dan membetulkannya kemudian. Soalan
yang dikemukakan oleh guru ialah, “Jika awak adalah Si Gagak, apakah yang awak
akan lakukan untuk mendapat semula kerang tersebut?” Soalan berbentuk andaian
seperti yang dikemukan oleh guru tersebut, pasti jawapan yang diberi oleh murid
adalah umum dan kebanyakkannya boleh diterima.
Sebelum
itu, guru juga menggunakan teknik main peranan. Guru memilih murid secara rawak
dan menyuruh murid melakonkan watak-watak dalam Gagak dengan Kerang tanpa
merujuk teks yang diberi. Teknik ini secara tidak langsung dapat menceriakan
situasi di dalam bilik darjah.
Guru
juga menggunakan teknik soal jawab dalam pengajarannya. Secara umumnya, hampir setiap
guru akan menggunakan teknik ini di dalam pengajaran mereka. Teknik ini
membolehkan murid-murid berfikir dengan aktif untuk menjawab soalan-soalan
guru. jelas saya katakan, sepanjang sesi pengajaran, guru tidak lepas untuk
bersoal jawab dengan murid-murid. Teknik ini kerap kali digunakan oleh guru
dalam pengajarannya.
Akhir
sekali, teknik menghafaz dan latih tubi. Setelah guru selesai bercerita,
murid-murid diminta membaca petikan yang diedarkan kemudian murid diminta
menyusun kad-kad gambar yang disediakan berdasarkan jalan cerita Gagak dengan
Kerang mengikut kronologi. Seterusnya murid diminta mencari kata-kata kunci
berdasarkan teks. Murid akan mengimbas kembali cerita dan memilih kad-kad
imbasan perkataan yang sesuai dengam gambar dan menyusunnya mengikut jalan
cerita.
Kaedah
yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah ialah kaedah ajuk-hafaz dan kaedah
psikologi. Kaedah ajuk hafaz digunakan apabila murid mengajuk-hafaz cara guru
menyampaikan cerita dan intonasi guru dalam menyampaikan cerita tersebut. Murid
membentuk kumpulan dan membacanya seperti guru mereka dengan intonasi yang
betul.
Kaedah
kedua ialah kaedah psikologi iaitu guru ada menyoalkan soalan yang membentuk
pengambaran fikiran dan asosiasi idea. Guru menyoal murid tentang “Sekiranya
mereka ialah Si Gagak, apakah yang akan mereka lakukan?”. Soalan ini secara
tidak langsung mewujudkan asosiasi idea murid terhadap apa yang akan mereka
lakukan seandainya mereka Si Gagak. Penggunaan alat-alat bantu mengajar
langsung tidak dapat dinafikan, guru tersebut sememangnya menggunakan bahan
bantu mengajar dalam pengajarannya.
Manakala
pendekatan yang diaplikasikan leh guru dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
pendekatan secara induktif. Jelas saya katakan, guru tersebut sememangnya
berjaya menyediakan struktur isi yang
hendak disampaikan dalam bilik darjah. Setiap perkara yang dilakukan oleh guru
telah menyediakannya dengan tersusun dan terancang. Pengajaran berlangsung dari
aras mudah ke sukar, dari perkenalan perkataan-perkataan dan melengkapkannya
menjadi ayat tunggal yang lengkap.
Selain
itu, strategi persoalan juga dibina oleh guru untuk membina konsep yang hendak
dipelajari. Contohnya, guru ingin mengajar tentang ayat tunggal, guru
mengenalkan murid dengan perkataan-perkataan kemudian menyuruh murid
melengkapkan ayat-ayat tunggal yang disediakan. Untuk menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik, guru telah menyediakan sebuah
cerita untuk menjadikan pengajaran lebih menarik. Di akhir pengajaran, murid
dapat menguasai konsep ayat tunggal.
Sudah
pasti guru tersebut juga berjaya merancang aktiviti yang hendak dilakukan
dengan baik. Guru bermula dengan bercerita kemudia murid mengajuk cara
penceritaan guru. Seterusnya mengadakan main peranan untuk menguji intonasi dan
cara penyampaian murid secara spontan. Berikutnya, guru mula membawa murid
untuk mengenali ayat tunggal dengan mengenali kata-kata kunci setiap kad-kad
gambar, seterusnya melengkapkan ayat-ayat tunggal yang disediakan.
Bahan-bahan bantu
mengajar disediakan oleh guru dengan baik dan langkap. Murid-murid tertarik
dengan bahan-bahan yang disediakan malahan memberi kerjasama yang baik kepada
guru. Pada masa yang sama, guru tersebut juga sentiasa membimbing dan
menghulurkan bantuan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Jelaslah
bahawa, guru ini menggunakan pendekatan induktif dalam pengajarannya.
Labels:
Teknik PnP
Subscribe to:
Posts (Atom)