Tuesday 5 June 2012

Kekuatan dan Kelemahan Setiap Pendekatan Pembelajaran


KEKUATAN DAN KELEMAHAN  SETIAP PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Pendekatan berpusatkan murid   

Kekuatan 
  • Dapat menimbulkan  rasa minat murid untuk belajar kerana murid semua murid terlibat dalam kelas.
  • Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea  secara bebas.
  • Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam dengan ini mudah bagi guru dalam proses pengajaran.
  • Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus sepenuhnya kepada murid.
  • Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja.
  • Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka.
  • Guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid.

Kelemahan  

  • Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.
  • Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh.
  • Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai.
  • Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus.
  • Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran.
  • Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi


Aktiviti yang dapat dijalankan :   
  • Lakonan                                           
  • Pidato
  • Wawancara
  • Dialog
  • Nyayian
  • Tarian
  • Kuiz

Pendekatan berpusatkan bahan   

Kekuatan  
  • Pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana  yang seronok.
  • Menarik minat murid untuk memberi lebih fokos terhadap pembelajaran dalam kelas dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya.
  • Membuatkan murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap guru.
  • Interaksi berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran
  • Objektif pelajaran tercapai kerana dengan penggunaan bahan pelajaran murid akan dapat menguasai kemahiran dan kecekapan dengan menggunakan bahan.
  • Bahan dapat digunakan sepenuhnya dalam langkah pembelajaran.
  • Penggunaan bahan dapat membina kemahiran yang ada setiap murid.
  • Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah berkumpulan yang melibatkan bahan pembelajaran.
Aktiviti yang dapat dijalankan :  

  • Membaca menggunakan buku teks.
  • Murid menggunakan kad kerja untuk
  • Kotak beracun
  • Kerusi muzik
  • Muzik berirama



Pendekatan berpusatkan projek  

Kekuatan  

  • Pembelajaran dalam kelas lebih aktif.
  • Sifat kepimpinan murid dapat dibentuk.
  • Memupuk nilai murni dalam murid dengan sifat tanggungjawab,hormat-menghormati, sopan santun, kerjasama antara kumpulan dan sebagainya.
  • Murid-murid lebih mengenali antara satu sama lain.
  • Memperkembangkan daya kreatif murid dan memperluaskan pengalaman murid semasa menjalankan projek.
  • Membantu murid bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek.
  • Murid memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek.
Kelemahan  

  • Aspek keselamatan.
  • Kawalan murid tidak dapat diberi perhatian sepenuhnya.
  • Masa yang terhad diperuntukkan untuk menjalankan projek kadang kala tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya semasa dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk memastikan mereka tidak terkeluar daripada hasil pembelajaran yang hendak dicapai.





No comments:

Post a Comment