Tuesday 5 June 2012

Konsep Strategi : Pengabungjalinan


KONSEP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan satu operasi yang melibatkan sebutan, bacaan, tulisan dan mendengar.

Jika diperluas dari segi pedagogi, konsep strategi merujuk pada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang diperlukan oleh guru. Strategi juga merupakan satu aktiviti pengurusan dalam pengajaran. Selain itu konsep strategi ini merupakan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Pengabungjalinan
            
Kementerian Pelajaran menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya berupaya pula meneruskannya sendiri.
            
Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kemahiran dapat dikuasai oleh murid. Malahan, strategi ini mampu mengelakkan rasa bosan murid terhadap pembelajaran yang berlangsung. Bahan-bahan yang digunakan ketika menjalankan strategi ini adalah daripada unsur lain. Misalnya, mata pelajaran Sains, Kejadian Tempatan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni. Setiap ilmu dalam mata pelajaran lain akan digabungkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
            
Tujuan penggabungjalinan dijalankan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah penguasaan kemahiran secara serentak oleh murid-murid. Malahan bentuk pengajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid juga dapat menggunakan kemahiran secara semula jadi.
             
Prinsip-prinsip penggabungjalinan ialah pengajaran yang mudah diubah dan bergantung pada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Seseorang guru perlu mengetahui jenis dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinankan. Guru juga perlu memastikan kemahiran fokus utama dan fokus sampingan dirancang dengan sempurna. Pada masa yang sama, guru tidak boleh mengetepikan kebolehan dan pencapaian murid yang diajar.
             
Penggabungjalinan terbahagi kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan bahan dan penggabungjalinan aktiviti. Penggabungjalinan kemahiran ialah dalam satu mata pelajaran terdapat beberapa kemahiran diajarkan misalnya, Bahasa Melayu terdapat kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, pengajaran dalam satu mata pelajaran mengabungkan mata pelajaran lain misalnya Pendidikan Muzik, Sains dan sebagainya.
Penggabungjalinan aktiviti ialah mengabungkan dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajaran. Selalunya aktiviti yang dijalankan merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Untuk melaksanakan penggabungjalinan ini, kita perlu merancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik

No comments:

Post a Comment