Tuesday 5 June 2012

EDU 3107: Sifat Manusia Mengikut Pandanfan Teori RET

***Sifat-sifat manusia mengikut pandangan Teori RET adalah seperti berikut;

  • Setiap manusia itu dilahirkan dengan potensi berfikir secara positif dan secara negatif dan penuh dengan putar belit.
  • Manusia berfungsi secara menyeluruh dan perlu empat proses untuk terus hidup dan hidup gembira. Proses tersebut ialah berprihatin, berperasaan, bergerak dan bertaakul atau berfikir.
  • Aspek perasaan dan tingkah laku tidak terabai, walaupun aspek pemikiran yang diubati. Pemikiran, perasaan dan tingkahlaku berkait rapat.
  • Masalah yang dihadapi manusia itu berpunca dari pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa.
  • Kognitif berbentuk non-verbal menghasilkan kesan yang signifikan ke atas emosi dan tingkahlaku individu.
  • Kepercayaan tidak rasional mungkin menjadi darah daging dan sebahagian dalam kehidupan individu sejak kecil.
  • RET percaya bahawa menusia ada kecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan yang mengganggu mereka dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu dari gangguan tadi.
  • Teori ini mengandaikan bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.
  • Tingkahlaku tidak rasional lahir atau ditonjolkan oleh individu adalah disebabkan oleh gangguan psikologi dan emosi.
  • Manusia semakin berkelakuan tidak rasioanal apabila mereka menerima idea-idea tidak rasioanal ke dalam sistem kepercayaan mereka.

No comments:

Post a Comment