Sunday 3 June 2012

BMM 3114 Kebudayaan Melayu : Sistem Politik, Daulat, Tulah

BMM 3114: Kebudayaan Melayu
Sistem Politik
Sistem politik masyarakat Melayu Tradisional Sblm Campur Tangan British.
3 unit politik yang utama.

NEGERI
  • paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar.
  • Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan.  Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan
  • mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.  Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka.  
DAERAH
  • daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah
  • kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan
  • diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah
  • Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri. 
  • diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah
  • mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

KAMPUNG
  • paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.
  • Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.
  • merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.
  • selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi.
  • dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah
  • menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong
  • mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan
  • mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah

Maksud Daulat / Tulah
  • Daulat berasal daripada daulah. Dipercayai, kalimah daulat itu mempunyai pengertian yang amat rapat dengan daulah iaitu negeri atau negara. Jadi 'Raja berdaulat' atau Raja yang ada daulatnya, bererti Raja itu mempunyai negaranya untuk diperintah. 
  • Tindakan mengangkat sembah 'Daulat Tuanku' adalah doa rakyat supaya raja-raja Melayu sentiasa berdaulat atau memiliki negara untuk memerintah dengan adil. 
  • konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. 
  • konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. 
  • juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. 
  • ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. 
  • konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan kemuliaan.

Noktah :
Nota di atas telah diringkaskan dari sebuah laman sesawang. Kerana nota ini dibuat untuk menghadapi peperiksaan yang menjelang. Terima kasih.




No comments:

Post a Comment