Monday 4 June 2012

BMM3114 Kebudayaan Melayu : Kebudayaan Kebangsaaan


Kebudayaan Kebangsaan

Latar belakang  
  • keseluruhan cara hidup manusia.
  • berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.

Rasional 

  • adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. 
  • dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
  • dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
  • Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

3 prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu
1.   Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
  • merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi.
  •  pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). 
  • digambarkan oleh persamaan dlm bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. 
  • Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.

2.   Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima 

  • Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
  • unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
  • Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
3.Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

  •   Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
  • Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara.
  • sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif  

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Perlaksanaan 

  • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
  •  Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. 
  • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
  • Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
  • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
  • penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini, seperti Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
  • Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
  • Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
  • Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
  • Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
  • Bertolak ansur – aspek makanan, rumah terbuka, pemberian angpau
  • Memupuk – serap melalui didikan & asuhan yg baik 
 
Cabaran Yang Dihadapi  

  • Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.
  • Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.
  • Jarak sosial anta anggota masyarakat – kurang interaksi ant  kaum
  •  Apabila wujud sek vernikular
  •  IPTA/TPTS yg dimonopoli satu2 kaum
  • Kecederungan msyrkt utk mgekalkn identiti masing2
  • Bahasa yang diamalkan di sekolah
  • Kepercayaan dan agama

Aktiviti Yang Boleh Menggalakkan Perpaduan  
  •  Pendidikan   
  1.  Sekolah wawasan 
  2. Sekolah kluster 
  3.   Sekolah sukan
  • Kesenian  
  1. Seni suara –  Contoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di sekolah,
  2. Seni tari – Kelab tarian, Kelab rehlah, pertandingan tarian-contoh KAGUM IPG
  3. Seni ukir – Khat
  •  Kempen / Karnival  
  • Jamuan/Rumah Terbuka 1 Malaysia – perayaan  

Noktah :
Nota di bawah ini adalah komplikasi saya semasa melayari internet... Sumber asal tidak diingati... Saya buat nota ini menjelang peperiksaan. Selamat Berkongsi Ilmu.

No comments:

Post a Comment