![]() |
TEORI HURAIAN BAHASA |
TEORI HURAIAN BAHASA
Teori
tradisional
- Ahli-ahli bahasa trdisional berpendapat struktur- struktur bahasa hasil daripada sebab dan bahasa ialah variasi daripada sistem yang berasaskan logik dan rasional yang sama.
Ciri-ciri kajian
- Kajian bahasa berasaskan bahasa tulisan
- Huraian tatabahasa bersifat rasional – disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Jadi huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tepat.
- Kajian bahasa secara deduktif – mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberi contoh.
- Menganggap bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat. Ahli bahasa berpendapat semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin, oleh itu, semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.
N0ktah:
input di atas tidak saya ketahui dari mana. kerana sudah 4 tahun yang lepas saya menyimpan nota ini.. Oleh yang demikian, saya tidak dapat menyatakan sumber asalnya. Harap maaf.
No comments:
Post a Comment