Tuesday 5 June 2012

EDU3107: Aktiviti Terapi Bermain


Aktiviti terapi Bermain
           Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada lima orang pelajar yang menghadapi masalah dari aspek psikososial. Antaranya ialah tidak bergaul antara satu sama lain, tidak memberi respon ketika guru mengajar dan tidak mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi. Oleh sebab itu, perlaksanaan terapi bermain merupakan langkah yang sesuai untuk membendung masalah ini. Di sini kami telah melaksanakan aktiviti terapi bermain bagi menghadapi masalah ini.
        Untuk aktiviti Repo, aktiviti yang dilaksanakan adalah bermain permainan “Tiru Gaya saya”. Guru akan menunjukkan contoh pergerakan atau gaya dan murid diminta untuk meniru aksi guru. Seterusnya setiap murid akan menggayakan aksi mereka yang tersendiri dan murid lain akan meniru gaya yang ditunjukkan itu. Aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan kejelekitan sesama murid serta menghilangkan rasa malu dalam diri mereka untuk bergaul dengan rakan mereka.
            Aktiviti pertama yang akan kami lakukan ialah, memberi murid bekas yang mempunyai pasir. Setiap murid akan mendapat sebuah bekas khas. Seterusnya, murid diminta untuk memasukkan tangan ke dalam bekas tersebut dan meramas pasir yang terdapat dalam bekas itu. Guru akan menyoal setiap murid berkaitan apa yang mereka rasa apabila menjalankan aktiviti tersebut. Setiap murid akan mendapat pasir yang berlainan jenis dan mereka akan menyatakan pelbagai jenis rasa pada tangan mereka ketika meramas pasir itu. Aktiviti ini akan menggalakkan murid berkongsi pengalaman yang mereka lalui. Sesunguhnya, pengalaman setiap murid adalah berbeza.  Kemudian, mereka akan bersoal jawab untuk mengetahui respon dan pengalaman rakan yang lain.
      Aktiviti diteruskan dengan releksasi. Kami akan memberikan mereka releksasi dengan membasuh tangan dan berehat. Guru akan meminta murid berbual sesama mereka mengenai perasaan dan pengalaman yang dirasai selepas menjalankan aktiviti pertama.
         Aktiviti kedua adalah “Hasil Kerja Saya”. Dalam aktiviti ini, murid akan menerima sebuah bekas berisi pasir dan jenis pasir adalah sama. Guru menerangkan        langkah-langkah aktiviti. Murid diminta untuk menghasilkan apa saja yang mereka fikirkan dengan menggunakan pasir yang telah diberikan. Setiap murid akan menjalankan aktiviti mengikut kekreatifan mereka sendiri dan tanpa bantuan guru. Guru akan memastikan keselamatan murid dan memberi peneguhan positif terhadap hasil kerja murid. Selesai menghasilkan menjalankan aktiviti ini, murid diminta menceritakan hasil reka bentuk  mereka dan sebab mereka menghasilkannya. Murid lain akan mendengar dan penyoalan dibenarkan. Pada masa yang sama, guru  akan memberi sedikit bimbingan terhadap murid.
            Aktiviti releksasi diteruskan dengan memberi ruang kepada murid untuk membersihkan tangan dan berehat. Guru menyoal murid mengenai perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti kedua.
         Aktivit ketiga dinamakan “Istana Pasir”. Aktiviti  ini dijalankan secara berkumpulan. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan satu bekas yang berisi pasir. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan istana pasir mengikut kreativiti mereka sendiri. Dalam kumpulan, murid akan bekerjasama untuk menghasilkan istana pasir . Setelah selesai menghasilkan istana pasir, setiap kumpulan akan menunjukkan hasil kerja mereka dan perlu menceritakan ciri yang terdapat pada istana pasir mereka. Setiap murid dalam kumpulan tersebut perlu bertutur dan menerangkan satu daripada ciri istana pasir tersebut. Murid lain akan memberikan respon atau pendapat masing-masing.
     Aktiviti relaksasi disambung dengan memberi peluang murid membasuh tangan dan berehat.
    Untuk refleksi, kami meminta murid melakukan bulatan. Aktiviti ini meminta murid menceritakan pengalaman mereka semasa sesi dijalankan. Di sini juga murid akan menyatakan perasaan mereka meramas pasir, membina hasil kerja sendiri dan menghasilkan istana pasir mengikut kreativiti masing-masing. Sepankang sesi refleksi ini, kami akan menilai respon dan luahan mereka. Secara tidak langsung, kami juga dapat melihat  kemahiran komunikasi serta tahap keyakinan mereka semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment